Friday, December 16, 2011

K. Samira's Wedding

Dua minggu lepas aku bersama kawan-kawanku, K.Ainul, K.Saf, K.Yana dan K. Siti bermusafir ke Melaka buat kedua kalinya untuk menghadiri majlis perkahwinan blockmate kami, K.Samira.

Perjalanan bermula sejurus selepas subuh dengan menaiki van yg kami sewa dari salah seorng student di UiA, terima kasih kepada K.Siti kerana berjaya mencari penyewa kereta sehari sebelum bertolak.

Alhamdulillah, perjalanan dirahmati Allah. Kami selamat sampai ke pintu gerbang negeri Melaka. Perasaan kami sangat gembira tatkala dapat melihat bandar Melaka buat kali keduanya..semuanya menggamit memori yang masih segar dalam ingatan.

Kami meneruskan perjalanan berdasarkan peta yang disertakan pada kad jemputan. Confident je kami..Ingatkan, majlis itu akan diadakan di rumah k.Samira yang pernah kami singgah pada sem lepas, rumah tersebut tak jauh pun dari bandar Melaka.

Tup..tup..

Jauh gile siot~

~Boring...sbb lama sngt duk dlm kereta~

Namun begitu, kami tidak menyesal dan letih, kerana suasana sekililing ditemani udara yang sangat nyaman membuatkan perjalanan kami sangat indah dan nyaman. Subhanallah~ Itu saja yang dapat kami suarakan ketika itu.

~Kami tetap HAPPY sbb xsabar nak mkn nasi minyak~

Selepas perjalanan yang mengambil masa yang agak lama, ditambah pula dengan perut yang sangat lapar gara2 bertolak tanpa sarapan pagi, akhirnya kami sampai. Kami sampai awal, jam 11am. Majlis akad nikah masih belum bermula.

Sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki dan tok kadi, kami sempat bergambar dengan 'pelakon' utama pada hari tersebut.

~K.Samira yang masih single pada tika ini~

Tidak selepas itu, rombongan pengantin lelaki sampai bersama tok kadi. Kami mencari2 yang mana satukah 'kumbang' yang telah berjaya memetik 'bunga' di taman ini. Orgnya tampak baik~

~'Kumbang' berjubah hijau sedang khusyuk mendengar nasihat bakal ayah mertua~

Sedih kami mendengar nasihat dan kata3 pelepasan ayah k.Samira. Pakcik menangis kot~ Aduhai lembutnya hati pakcik dan sayangnya pakcik kepada anaknya yang comel ini. Huhuhu~ Kami yang xde kene mengena ni pun turut mengalir air mata~~~(T-T)

~Hantaran dari sebelah lelaki~

Lupa nak ambik gambar hantaran sebelah perempuan...

Setelah akad berjaya dilafazkan, sesi pembatalan wudhu' diadakan. Kami sangka suami k.Samira ni serius orangnye, rupanya kami silap. Dia banyak berseloroh ketika sesi ini berjalan. Kononya dia mintak ditunjukajarkn sbb xpandai...hahahaha~

~Maka dengan rasminya, jadilah K.Samira milik suaminya~

~Moga perkahwinan ini dirahmati Allah dan berkekalan sehingga akhirat sana~

~Sesi berkenalan dan bersalaman dengan ahli keluarga~

Selesai saja majlis, kami terus menyerang nasi minyak. Istimewanya majlis di Melaka ni, nasi minyak dihidangkan sekali dengan cencalok (If I'm not mistakenlaa), but unfortunately, it isn't my favorite.

Selepas berangkat pulang, kamu sempat berjuma dengan nenek k.Samira...oleh kerana nenek tersangatlah cute, kami minta kebenaran untuk bergambar dengan nenek. Hehehe~

~Nenek comey~

Ke manakah kami selepas ini?

Yay! Nak gi jalan3 makan angin di bandar Melaka lagi~~~~(^_^)


No comments:

~Khatimah~

Peace upon all my dearest readers,

Thank you for you precious time, reading my blog with simple and moderate entries. I hope you have found something valuable among all my writings, and benefit your life.

Please do come again, I'll welcome you with my special du'a...May Allah blesses your life.

Wassalamu'alaikum.