Thursday, March 26, 2009

Permata di lautan ilmu

Menurut Tarmidzi, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : ( Hikmah adalah barangan yang dicari oleh mereka yang bijaksana. Sesiapa yang menemuinya, dialah yang paling berhak untuk memilikinya.

Hadis ini ku temui di dalam buku yang mana tajuknya telah memikat hatiku. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden yang telah dikarang oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Buku ini telah terjual melebihi 15 000 naskhah, hebat sekali.

Pertama kali melihat buku ini di atas meja di ruang tamu, hatiku sudah terpikat. Buku ini kepunyaan adikku dan sebenarnya dia sedang cuba untuk menghabiskannya. Aku membaca slot prakata di permulaan buku ini, amat menarik. Nama beliau seperti pernah ku dengar tapi di mana ye?

Dengan mengikut gerak hatiku, aku meneruskan pembacaan hingga ke bab pertama yang bertajuk Konsep Perubatan Islam. Tanpaku sedari banyak mutiara yang masih belum ku jumpai. Ku teruskan lagi jejak pencarianku…

Banyak istilah-istilah perubatan diselitkan di dalam buku ini. Mungkin kerana minatku terhadap dunia kedoktoran membuatkan aku menyalin semua istilah-istilah tersebut dan mengambil nota-nota yang belum ku ketahui sebelum ini atau sesuatu yang ingin aku kongsi di dalam blog aku nanti.

Hampir seminggu aku cuba menghabiskan buku ini dan kini aku berada dalam bab ke 12 daripada 15. Tidak sabar rasanya untuk menghabiskannya agar aku boleh meneruskan pembacaanku kepada buku yang seterusnya.

Memang benarlah ajaran Islam yang mana dengan mencari ilmu akan menambahkan iman kita. Semenjak aku membaca buku ini, banyak perkara yang telah menyedarkan aku. Betapa agung dan besarnya Yang Maha Mencipta. Setelah hampir tiga tahun aku meninggalkan dunia pembelajaran, aku terasa semakin jauh dari dunia ilmu.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi hidayah kepadaku untuk kembali membaca sebagai mengganti kembali ilmu-ilmu yang kian pudar di hati ini. Dalam buku ini, banyak dimuatkan tentang kebesaran Allah, kebenaran ajaran Islam dan kebijaksanaan Rasulullah.

Hati ini terasa seperti baru dibasuh dari kotoran. Aku mula mencari kelazatan beribadah. Kekhusyukan di dalam sembahyang amat ku harapkan semoga dengan teguhnya tiang agama ini, akan istiqamah dan kuatlah keimananku ini.

Sebenarnya perasaanku ini tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Jadi aku hanya menulis sekadar mampu..

P/S: Buat pembaca blogku, akan ku kongsi serba sedikit ilmu yang telah ku perolehi dari buku ini. Semoga kita dapat berkongsi bersama sinar cahaya yang memancar.

1 comment:

muhriz rahmat said...

Sememangnya ilmu itu penyinar hati yang berserabut. Akan saya dapatkan juga buku ini seusai tamat pengajian dan kembali ke tanah air tercinta

~Khatimah~

Peace upon all my dearest readers,

Thank you for you precious time, reading my blog with simple and moderate entries. I hope you have found something valuable among all my writings, and benefit your life.

Please do come again, I'll welcome you with my special du'a...May Allah blesses your life.

Wassalamu'alaikum.